Sila hantarkan laporan anda ke:
report@ethicsasia.com
Sila beritahu kami sebanyak mungkin yang anda tahu, seperti:
- Nama majikan/syarikat anda (wajib)
- Keterangan isu yang anda ingin laporkan. Contoh-contoh:
- Nama orang yang terlibat
- Nama saksi (jika ada)
- Tarikh, masa dan tempat kejadian itu berlaku
- Butiran bukti yang anda tahu
- Nilai wang atau aset yang terlibat
- Berapa kerap kejadian itu berlaku
- Dokumen sokongan (jika ada)
- Beritahu kami pilihan cara pendedahan anda
- Tanpa nama
Ini adalah pilihan lalai jika anda tidak memberitahu pilihan anda. Tiada maklumat peribadi yang diperlukan untuk mengemukakan pendedahan dan tiada rujukan kepada apa-apa maklumat peribadi akan dimasuk ke dalam Laporan Pendedahan yang akan dihantar kepada organisasi anda. - Mendedahkan butiran perhubungan kepada Ethics Asia sahaja
Mendedahkan butiran hubungan anda kepada Ethics Asia untuk memudahkan komunikasi sekiranya maklumat tambahan diperlukan. Walau bagaimanapun, maklumat peribadi anda tidak akan didedahkan kepada organisasi anda. Sila berikan nombor telefon dan / atau alamat e-mel jika anda memilih pilihan ini. - Mededahkan butiran perhubungan kepada Ethics Asia dan organisasi anda
Mendedahkan maklumat anda bagi organisasi anda untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi dengan anda secara langsung. Pilihan ini juga membolehkan anda untuk menerima status kemas kini daripada organisasi anda, jika organisasi anda memilih untuk berbuat demikian. Sila berikan nombor telefon dan / atau alamat e-mel jika anda memilih pilihan ini.
- Tanpa nama
- tidak akan mendedahkan alamat e-mel anda kepada majikan anda, kecuali jika anda membuat pilihan untuk mendedahkan butiran perhubungan anda kepada Ethics Asia dan/atau organisasi anda.
- tidak akan mengemukakan e-mel anda kepada majikan anda. Kami akan mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada e-mel anda dan memproses laporan ke dalam laporan pendedahan.
- tidak akan meminta nama atau identiti anda, melainkan anda memilih untuk mendedahkannya secara sukarela. Jika anda memilih untuk mendedahkan identiti anda, sila nyatakan apabila memfailkan laporan anda.
Lebih selesa dengan saluran lain?